AirDate: 6/4/2011 |
Overview: Pada hari kemudian, Upin dan Ipin ke rumah Tok Dalang untuk menjenguk wau barunya dan burung dari kelmarin. Dalam cubaan melihat burung itu dari dekat, Ipin terjatuh dari bangku lalu merosakkan wau itu. Untuk mengubati kesedihan Tok Dalang, Upin dan Ipin bertungkus-lumus untuk membuat wau baru, tapi kemudian mereka dibantu oleh Tok Dalang sendiri. Selepas itu, Tok Dalang membawa mereka ke Pertandingan Wau untuk menerbangkan wau bulan buatan mereka bertiga. |